CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 12 July 2012

Married

Manusia suka akan moment-moment indah yang dilihatnya kala perkahwinan seseorang, 
namun manusia jarang suka melihat pengorbanan, kesukaran,
cabaran yang dihadapi oleh manusia yang bahagia itu sebelum bahagia tiba kepadanya.
sukar dari segi kewangan, tenaga, berusaha mahukan hari bahgianya tampak sempurna
bagai hari bahagia nya saja yang paling AWESOME

Hari perkahwinan adalah hari transaksi.
Sebelumnya ada cerita,
dan selepasnya akan ada cerita.
mampukah terima?
mampukah tempuh itu semua?
bersedia sudah?

Maka mengapa tidak manusia menjadi yang benar-benar memerhati,
jangan hanya tertipu dengan gambar perkahwinan sahaja.
tengok gambar sahaja, semua pun boleh.
tapi tak semua boleh memahami apa maksud di sebalik gambar-gambar itu semua

“Nak kahwin, nak kahwin.”

Persediaan itu perlu ada,
kematangan itu perlu dipertingkatkan,
ilmu perlu ditimba,
biar perasaan itu dipandu iman,
bukan iman dipijak hina oleh perasaan.

0 dedaun pudina: